Tuesday, 17 July 2012

SAINS DALAM KEHIDUPAN


Sebagai negara dunia ketiga yang masih membangun dalam dunia sains dan teknologi, sistem pendidikan negara telah diterapkan dengan sains sejak dari pendidikan rendah lagi. Sains yang membawa maksud ilmu pengetahuan, secara am nya berpandukan penjelasan berdasarkan pemerhatian dan rasionaliti dalam alam semester yang mempunyai segenap bidang untuk di terokai.

     Mereka yang menolak sains daripada kehidupan dengan menganggap subjek--subjek Sains yang diajarkan di sekolah hanya sia-sia, sebenarnya duduk di dalam skop pemikiran yang kecil di mana tandas itu pun dikira sebahagian daripada sains di mana ia adalah proses berkumuh membuang bahan perkumuhan daripada badan.

     Walau dalam bidang sukan sekali pun, Sains diaplikasikan dalam menambah baikkan mutu sukan itu sendiri. Contohnya seperti dalam bola sepak, bola yang digunakan dalam Piala Dunia sentiasa diubah suai dari setahun ke setahun dalam menjadikan ia berdaya pecutan lebih tinggi. Mutu kain yang digunakan dalam pakaian sukan dimodifikasikan untuk mendapatkan kesesuaian suhu dan sistem perpeluhan yang baik semasa digunakan dalam bersukan. Siapa kata ahli sukan tidak perlu mempelajari ilmu sains? Guru Pendidikan Jasmani, instruktor sukan/gim dan bakal-bakal ahli sukan turut mempelajari anatomi badan dan fisiologi untuk diaplikasikan.          

      Fikiran yamg cetek hanya mengaggap subjek Fizik,Kimia dan Biologi sahaja yang dianggap Sains walhal Sains merangkumi pelbagai aspek kehidupan.  Itu masalah mentaliti kebanyakan remaja masa kini yang memandang remeh akan aliran Sains sedangkan dalam membangunkan negara kepada tahap yang lebih maju, tenaga kerja manusia daripada segenap bidang daripada pecahan berpaksikan Sains amat diperlukan dalam membentuk sistem yang lebih utuh terutamanya teknologi.




CREDIT :
http://pseudosains.blogspot.com/2011/06/pengertian-sains-dalam-kehidupan.html

No comments:

Post a Comment