Thursday 12 July 2012

1.3 KEHIDUPAN ARNAB


Arnab (rabbit) atau kelinci (hare) merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidaeyang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi acip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.
Rabbit in montana.jpg
Dalam bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal daribahasa Arab, iaitu arnab[1] (أرنب). Perkataan "kelinci" pula lebih banyak digunakan dalam bahasa Indonesia, dan berasal dari bahasa Belanda, yakni istilah konijntje yang bererti "anak arnab".[2] Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara mula mengenali arnab atau kelinci daripada perdagangan antarabangsa pada zaman silam, padahal di Pulau Sumatera ada satu spesies arnab asli (Nesolagus netscheri) yang baru ditemui pada tahun 1972.[3] Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal dari perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa Latin.




CREDIT :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Arnab


No comments:

Post a Comment